Khamis, 30 Mac 2017

Cerpen : Kau aku yang punya!


             Syima berjalan keluar untuk mendapatkan pos laju yang berada di hadapan pagarnya.Memang rutinya setiap pagi begitu.

             "Assalamualaikum bang.Sihat?"soal Syima peramah.

             "Waalaikumsalam.Abang sihat.Syima macam mana?"kata pos laju itu sambil menghulurkan beberapa keping surat.

             Syima menyambutnya."Sihat bang.Okaylah saya masuk dulu."Syima tersenyum manis kepada pos laju itu dan berlalu masuk.Mana boleh lama lama dengan abang pos laju tu .Dah lah hensem.Huhuhu. . .

            Syima membuka surat yang ditangannya satu persatu.Hemm, tak ada pun surat tu. . .Dia membuka surat yang terakhir.Matanya terbuntang.

            "Makk!!!"jerit Syima lantang.

            "Ya Allah budak bertuah ni.Dah macam beruk dah!"marah puan Rogayah.

            Syima tersengeh."Ada berita gembira lah mak.Sebab tu Syima jerit."

            Puan Rogayah menggeleng.Macam macam lah tabiat anak aku yang sorang ni.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah anaknya.Surat yang dihulurkan anaknya dicapai dan dibaca.

            "Betul ke Syima? Alhamdulillah.Tak ada lah kau nak abiskan beras kat rumah ni."seloroh puan Rogayah.

            Syima memuncung.Ada cakap aku nak abiskan beras dia.Aku abiskan nasi je lah!
"Mana ada.Mak ni pun. . ."

           Puan Rogayah tersenyum."Bila mula kerjanya?"

          "Minggu depan."

          "Ouh,nanti bila dah kerja.Baik baik.Amanah dan jujur tu penting.Jaga maruah diri dan keluarga.Jangan nakal nakal.Ha! jangan nak buat perangai budak budak kamu tu.Umur dah 22 tahun tapi perangai macam budak umur 2 tahun." bebel Puan Rogayah panjang.

          Syima hanya mengangguk dan tersenyum.Kalau mak dah membebel macam nilah rupanya.Hailah,mak siapa la ni. . .



         Syima melambai kepada maknya sehingga hilang dari pandangan.Dia berpaling menghadap bangunan yang tinggi melangit tu.Boleh ke aku kerja kat sini?Hish! yakin dengan diri kau,Syima!

        Syima berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut.Dia memandang orang yang lalu didalam bangunan tersebut.Semuanya nampak macam orang berada.Pakaian semua smart dan bergaya.Aku?hanya berbaju kurung cotton je.Tak apalah aku pakai apapun dah lawa.Hehehe. . .

       "Assalamualaikum,cik.Saya dipanggil untuk interview dengan. . ."Syima terlupa akan nama bakal bosnya itu.Dia tergaru garu kepalanya yang tidak gatal tu.

       "Syed Ashraf ke? cik ni pula Syima ye?"kata gadis penjag kaunter itu sambil tersenyum.

       Syima tersengeh sambil mengangguk.Aduhh,macam mana boleh lupa ni? Tulah tadi berdebar macam apa masa nak masuk sini. 

       "Okay.Cik boleh ikut saya."kata gadis itu lalu berlalu pergi.

       Syima hanya mengikut langkah gadis itu sehingga gadis itu berhenti di depan salah sebuah pintu bilik.Mungkin ni pejabat bakal bos aku ni.Gadis itu masuk ke dalam bilik itu.Tak lama kemudian dia keluar balik.

       "Ini dia biliknya.Cik ketuk dan masuk ye.Ingat Syed Ashraf tau."seloroh gadis sambil ketawa perlahan dan berlalu pergi.

       Syima hanya tersenyum kelat.Yek eleh perli la tu.Syed Ashraf!Syima ketuk dan berjalan masuk ke dalam bilik besar itu.Matanya melilau melihat sekeliling bilik itu.Besar ruang tamu aku kot! perghh! kaya. . .

      "Err,Assalamualaikum Encik Syed Ashraf.Saya dipanggil un.."Syima terpegun melihat kekacakan Syed Ashraf apabila lelaki itu memusingkan kerusi empuknya itu menghadap kearahnya.

      "Duduk."kata Syed Ashraf sepatah tanpa memandang kearah gadis dihadapannya itu.

      Syima hanya menurut."Err,nah Encik.Semua ada dalam fail ni."kata Syima sambil menghulurkan fail yang dari tadi ada pada tangannya.

      Syed Ashraf menyambut fail itu.Fail itu diselak satu persatu."Kau ada pengalaman bekerja di mana mana tak?"

    Apa dia? kau?"Ada.Kerja dengan mak saya.Kerja jual kuih depan rumah."kata Syima selamba.Apa? kerja jugak la tu.

    Syed Ashraf memandang tajam ke arah gadis dihadapnnya.Budak ni cuba buat lawak ke apa?Tak kelakar okay? "Maksud aku pengalaman bekerja di syarikat di mana mana.Tak ada ke?"kata Syed Ashraf keras.

     Syima tersengeh.Dia tahu sebernanya.Sahaja nak buat lawak tak laku kat sini."Tak ada Encik."

     Syed Ashraf mengangguk faham."Okay kau diterima masuk.Esok start kerja.Sekarang kau boleh keluar."

     Syima terdiam.Dia diterima bekerja?"Arghh!!! terima kasih encik!"jerit Syima sambil terlompat lompat girang.

     "Eh! yang kau terlompat macam kera ni kenapa?!"jerah Syed Ashraf sambil menghentak mejanya.

     "Opocot!!"Syima memandang tajam kearah bosnya itu.Eeee,kan aku dah melatah!

     "Saya bukan kera eh.Mak ayah saya manusia."selamba Syima menjawab.

     "Kalau mak ayah kau manusia pun,tapi anak macam kera tak guna juga."

     Syima mengecilkan matanya.Kecil besar kecil besar je aku tengok mamat ni.Muka handsome.Tapi mulut macam longkang.Ada ke muka aku cun ni dia samakan aku dengan kera dalam zoo tu? tak patut!

    "Mulut encik jaga sikit eh! muka saya lagi cun dari kera yang encik cakap tu!"

     Syed Ashraf terdiam.Amboii,boleh tahan minah ni.Kuat menjawab!"Kau ni baru nak mula kerja tahu?kau nak aku tarik balik ke tawaran aku tadi?"ugut Syed Ashraf.

     Eh dia main ugut ugut pulak."Tak nak."kata Syima perlahan.

     "Dah tu dengar cakap aku.Sekarang keluar!"

      "Hish!tak guna punya monyet! mentang mentang dia bos.Nak guna kuasa dia pulak!Geram!!"kata Syima perlahan.

      "Ye? ada apa nak cakap lagi?"soal Syed Ashraf.

      Syima terkedu.Erk?!mintak minta dia tak dengar.Dia berpaling memandang lelaki itu sambil tersengeh."Tak ada,BOS!"kata Syima sambil berjalan laju keluar dari pejabat lelaki itu.Dah lah monyet! Telinga lintah pulak tu!

     Syed Ashraf menggeleng.Bukan dia tak dengar apa yang gadis itu mengomel.Dia tersenyum.Baru satu hari dah buat aku huru hara.Tapi minah tu boleh tahan cute kan?Astargfirullah. . .apa ni Ashraf? jangan jangan. . .

                                                                                                                                                           

      "Okay,perkenalkan diri kau pada penghuni pejabat ni."arah Syed Ashraf.

      Syima terbuntang.Kena ke?"Err,perlu ke?Kalau tak payah boleh tak?"

      "Perlulah!"

       "Sekarang?"

      Ya Allah! Budak ni mencabar kesabaran aku betul lah!"Ye!"

      Syima tersengeh."Saya kena cakap apa je eh?"

      Syed Ashraf menepuk dahi.Adoii,masak aku kene kerja dengan budak ni lah!"Bagilah tau nama, umur, status,tempat tinggal,kau bekerja di bawah siapa.Itupun aku nak kena ajar jugak ke?Bengap."

    "Amboi,saya tahulah saya bengap tapi tak payahlah jujur sangat.Kecik hati saya."seloroh Syima.

    Syed Ashraf memutarkan bebola matanya.Adoii,kenapalah kau ni comel sangat ha perempuan?"Kisah apa aku!Dah gi keluar sana cepat!"

    Syima hanya menurut dengan persaan berdebar.Malu lah pulak.Dia melihat ramai pekerja yang sedang sibuk melakukan tugasan yang sudah diberikan.Macam mana aku nak mula ni eh?

   "Perhatian!"jerit Syed Ashraf.Semua berhenti melakukan tugasan dan memandang Syed Ashraf.Ada yang memuji kekacakan bosnya itu.Perhatian mereka tiba tiba beralih kepada Syima.

   Syima menelan liur.Dia memandang ke arah bisnya itu.Syed Ashraf hanya bagi isyarat untuk dia memperkenalkan dirinya.Syima memandang ke hadapan semula.

   "Err,hai.Asslamualaikum.Nama saya Nur Natalia Hashima binti Roslan.Awam semua boleh panggil saya  Syima.Umur saya baru 22 tahun.Hehe,awet muda lagi."terdengar mereka ketawa mendengar celoteh Syima yang baginya mereka agak comel.

     Syima tersengeh."Saya single and available.Saya tak nak bagitau pun tapi bos suruh saya cakap."Syima memandang ke arah Syed Ashraf.Syed Ashraf memandang tajam.Syima tersengeh.

    "Mulai daripada harini.Saya akan bekerja menjadi setiausah kepada Encik Syed Ashraf.Saya harap awak semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya nanti.Okay tu je.Terima Kasih sebab sudi mendengar"Syima tersenyum comel lalu berpaling memandang Syed Ashraf sambil menunjukkan 'peace'.Dia lega sangat.

    Syed Ashraf terkedu.Subhanallah,cantiknya senyuman dia.Syed Ashraf memandang ke arah pekerjanya."Okay semua boleh sambung buat kerja balik.Jangan curi tulang.Faham!!"kata Syed Ashraf lalu masuk ke pejabatnya.Ya,Allah kenapa dengan aku ni? Perasaan apa yang tiba tiba bertandang ni?

    Syima mengerutkan kening.Sombong!orang senyum bukan nak balas balik.Tiba tiba ramai yang berkerumun dekat Syima dan bertanya itu dan ini.Syima hanya melayankan saje.Kalau tak dilayan nanti dikata sombong pulak kan?

     "Hai,Syima."sapa seseorang.

      Syima menoleh.Dia tersenyum manis."Hai."

      "Adi."Adi memperkenalkan dirinya.

      Syima hanya mengangguk dan tersenyum.

     "Ha Adi! Jangan nak mengayat sudah.Tahulah budak ni comel."kata kak Jannah sambil tersengeh memandang Syima.

     Syima tersipu.Janganlah kata aku comel.Nanti kembang kempis hidung aku ni.

    "Mana ada kak.Saya cuma nak berkawan je.Tak salah kan,Syima?"soal Adi tiba tiba.

     Syima termangu.Ha?"Err,boleh boleh tak ada masalah.Kawan je."

     "Lebih tak boleh?"kata Adi sambil tersengeh macam kera sumbang.

      "Tak boleh."jawab Syima sepatah.Malu sebernanya!

      Syed Ashraf yang melihat kemesraan Adi dan Syima mula sakit hati.Di mengepal penumbuk.Arghh!! tak boleh jadi ni!Dia berjalan keluar dari bilik pejabatnya.

      "Nur Natalia Hasyima! kau buat apa menggedik kat situ?aku bayar gaji kau bukan untuk menggatal eh! buat air aku sekarang!!"arah Syed Ashraf lalu masuk semula ke dalam bilik pejabatnya.

       Syima mengerutkan dahi.Apehal mamat ni nak jerit jerit.Arah elok elok tak boleh ke? Memang nak kena jerit jerit eh? Dasar monyet!

      "Syima kene belajar bersabar kalau nak kerja di bawah Encik Syed."kata kak Jannah tiba tiba.

      Syima hanya tersenyum dan mengangguk."Saya pergi dulu lah eh.Nanti kita sambung berbual lagi ye kak,Adi."mereka hanya tersenyum dan mengangguk.

      Syima cepat cepat ke pantri untuk membuat air untuk monyet tak sedar diri tu! herghh! geram! Asyik nak mengamuk jer kerja dia!
    
      Setelah siap,Syima menghantar ke bilik pejabat Syed Ashraf.Di depan pintu bilik lelaki itu.Syima menarik nafas sedalam dalamnya.Harap harap dia tak sembur air ni kat muka aku pulak.Aminn. . .Pintu bilik dketuk dan Syima berlalu masuk kedalam bilik pejabat yang besar itu.

     "Bos ni airnya.Ada apa apa lagi?"soal Syima ramah.Nak ambil hati bos lah katakan.

      Syed Ashraf hanya mengibas tangannya mengisyaratkan gadis itu keluar.Syima mengecilkan matanya.Eee,ingat aku kucing ke nak halau macam tu?Dia keluar dari bilik itu dengan perasaan sebal.

     "Syima kenapa ni? Muka macam baru lepa telan bos kita tu je."tegur Adi tiba tiba.

     "A'ah.Saya baru je telan bos kesayangan awak tu! geramlah ngan dia. Dia ingat saya ni kucing ke nak halau macam tu sekali?"omel Syima sambil menumbuk telapak tangannya sendiri.Bagaikan dia sedang menumbuk muka kacak bosnya itu.

     Adi tertawa melihat gelagat Syima.Comelnya!"Dia bukan kesayangan saya.Tapi awak kesayangan saya."seloroh Adi selamba.

    Syima tersedak air liurnya sendiri.Dia terbatuk batuk.Apa dia cakap tadi?"Apa awak merepek ni?"

    "Mana ada saya merepek.Saya jujur tau dari dalam sudut hati saya.Pertama kali saya nampak awak.Saya dah fall in love with you.Trust me,dear. . ."kata Adi dengan suara menggoda.

   Syima terkedu.Jatuh cinta?"Adi.."

    "Syima! Ikut aku sekarang!"belum sempat Syima menghabiskn bicaranya,Syed Ashraf sudah memotong.

     "Err,Adi.Nanti kita sambung eh.Bos panggil."

     Adi hanya mengangguk.Aduhh!kacau betulah!Adi menumbuk meja kerja gadis itu dan berlalu ke meja kerjanya.

                                                                                                                                                                                         

             "Kenapa bos suruh saya ikut bos ke sini"soal Syima pelik apabila Syed Ashraf membawanya ke tasik berdekatan.

              Syed Ashraf menghembuskan nafas perlahan.Jiwanya terseksa apabila Adi meluahkan perasaannya pada gadis comel ini tadi.Hatinya bagaikan meronta ronta untuk meluahkan perasaanya juga.

             Syima terpegun melihat wajah tenang lelaki itu.Dengan rambutnya ditiup angin.Ya Allah sempurnanya ciptaan kau.Syima memegang dadanya.Kenapa aku berdebar tak tentu pasal ni? Orang cakap kalau kita dekat dengan seorag lelaki tu dan kita berdebar bermakna dia cinta sejati kita.Betul ke? Arghh!tak kan lah kau dah jatuh cinta dengan bos monyet kau ni? Dah lah garang.Pastu suka jerkah orang sesuka hati.Syima memandang sekilas ke arah lelaki disebelahnya itu.Kalau betul aku dah suka kat bos aku sendiri,dia tak mungkin ada perasaan yang sama macam aku rasa ni.Ya Allah,kenapa dengan aku ni.

            "Apa kau dah buat dengan aku ha?"soal Syed Ashraf tiba tiba.

           Syima terkejut.Ha?"Saya buat apa dengan bos?Bos yang suka buat macam macam dengan saya adalah.Suka marah saya.Suka tengking saya tak tentu hala.Macam perempuan hormon tak stabil pun ye.Perempuan pun tak macam tu."jawab Syima selamba.

          Syed Ashraf tertawa.Aduhh,budak ni aku gigit mulut tu karang baru tau.Ada saje jawapannya yang keluar dari bibir munggil tu.Hish!Ahraf apa kau cakap ni?Astargfirullah. . .

         Syima terpegun sekali lagi.Handsomenya dia ketawa!Syima memegang dadanya yang sudah mahu terlompat keluar.Kau buat aku jatuh cinta dan semakin jatuh cinta Syed Ashraf.   

        "Kau ni comelah."puji Syed Ashraf.

         Syima terkedu.Apa?Dia puji aku comel ke?DIA PUJI AKU KE?! oh Tuhan!! kuatkanlah jantung aku!

        "Bos ni dah kenapa? Tadi bukan main macam singa.Sekarang main puji puji pulak."

         "Asal tak boleh ke aku nak puji kau?"Syed Ashraf memandang gadis disebelahnya itu.Jelas rona merah pada wajah gadis itu.Dia tersenyum seketika.Memang patutlah aku jatuh cinta dengan minah senget ni!

         "Boleh bos."jawab Syima malu malu.Apehal bos aku ni?

         "Aku tak nak kau dekat dengan si Adi tu lagi.Aku tak suka."

         Syima mengerutkan kening."Kenapa bos tak suka pulak? Kan bagus saya ramai kawan."

         "Dengan yang lain aku okay.Tapi bukan dia."

         'Tapi kenapa?"

         Syed Ashraf terdiam."Dia cakap apa tadi kat kau?"

         "Err,tak ada apa."dalih Syima.

         "Kau cuba tipu aku potong gaji kau!"ugut Syed Ashraf.

         Syima menjeling lelaki disebelahnya itu.Mamat ni kan suka main ugut ugut tau! geram!
"Dia luahkan perasaan dia.Dia kata dia suka saya.Jatuh cinta dengan saya."jujur Syima akhirnya.

         "Kau terima ke cinta dia?"

         "Mestilah tak!"

          "kenapa pulak?Aku tengok kau pun macam suka dia.By he way,dia kan handsome,baik then ada semua ciri ciri lelaki idaman perempuan kan?"Syed Ashraf mengerling sekilas gadis di sebelahnya.

          "Mana ada.Saya layan dia tak lebih dari seorang kawan.Tak semestinya dia ada semua ciri idaman perempuan saya nak jatuh cinta dengan dia.Nak terima cinta dia."

         "Kenapa pulak?Pelik lah kau ni.Orang semua terkejarkan dia kau pulak boleh lepaskan peluang emas macam ni."

          Syima memandang ke arah Syed Ashraf."Bos nak tau ke sebabnya?"

          "Mestilah nak tau!"

        "First,dia tu annoyying sangat.Tak suka.Second,. . ."Syima menggaruk kepalanya yang tidak gatal.

         "Second apa?"

         "Tak ada apalah."

          "Cakaplah! dah terlanjur cakap dia boleh kata tak ada apa pulak."

          "Kalau saya bagitau.Bos tahan muntah eh?"Syed Ashraf menggeleng.Tapi akhirnya dia mengangguk jua.

          "Sebab.. sebab saya dah jatuh cinta dengan bos.Saya pun tak tau kenapa.Padahal nak dibandingkan Adi dengan bos dia lagi better.Sebab dia layan saya baik je.Bos?Asyik nak marah tengking saya je."

           Syed Ashraf terkedu.Dia terus duduk menghadap gadis itu.Waja gadis itu dipandang.Cantik,comel.Siapa aje yang tengok dia ni boleh jatuh cinta.

           "Syima.. saya bawa awak ke sini sebab saya jelous awak dengan Adi."jujur Syed Ashraf.

          Syima pelik.Aik?Tiba tiba je bertukar saya awak. "Jelous?Kenapa?"

          "Sebab saya dah jatuh cinta dengan awak jugak."jujur Syed Ashraf.

          Syima bagaikan terkena renjatan elektrik.Apa?"Be.. betul ke?"Syed Ashraf mengangguk sambil tersenyum.

           Syima tersenyum lega."So?"

           "So?Jom Kahwin."

           "Apa?Kenapa cepat sangat?"

           "Sebab kau aku yang punya."Syima tersenyum malu.Hatinya semakin berdebar.

                                                                                                                                                                                                       

            "Aku terima nikahnya Nur Natalia Hasyima binti Roslan dengan mas kahwinya RM3oo ringgit tunai."

            Syima menitiskan air mata apabila mendengar sekali lafaz akad tadi.Kini dia menjadi isteri kepada Syed Ashraf.Ya Allah bahagianya aku rasa sekarang ni.Selesai,majlis pembatalan air sembahyang dan salam dengan keluarga,Syima pulang ke rumah untuk menukar pakaian untuk majlis sandingnya pada tengahari nanti.

                                                                                                                                                                                  

             Syed Ashraf memulas tombol pintu bilik dan berlalu masuk ke dalam bilik yang sudah dihias itu.Dia tersenyum tatkala terlihat isterinya yang sedang membuka tudungnya.

            "Sayang."seru Syed Ashraf sambil memeluk pinggang isterinya.

            Syima berdebar.Terkejut dia tiba tiba ada tangan memeluk pinggangnya.
"Err,abang nak makan tak?Minum ke?Syima boleh buatkan."

            Syed Ashraf memandang isterinya.Cantiknya dia.Untung aku!Dia tersenyum membunuh."Tak nak.Nak sayang je."kata Syed Ashraf dengan suara menggoda.

            Syima tersenyum bahagia.Sesungguhnya,kita tak tau apa yang akan mendatang pada kita.Ada sama bahagia,duka atau penuh kekecewaan.Tapi kini,dirinya amat bahagia dengan adanya suaminya yang tercinta.Ya,ALLAH kau panjangkanlah jodoh kami sehingga ke jannah.Aminn. . .❤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CERPEN:DARI DARJAH 1 AKU SUKA KAMU. . .

         Nadrah mengambil sehelai tisu.Aduh!drama ni dari tadi buat aku sedih memanjang lah!Hingusnya dihembus.Aaa.. tak sukalah macam ni!!...